Tuesday, August 11, 2009

Ikhlas.......







Adakah kita benar-benar yakin bahawa setiap amalan ibadat yang kita lakukan selama ini merupakan ibadat yang ikhlas kerana Allah S.W.T??...adakah kita benar-benar yakin??...Kita sering kali mengungkapkan perkataan 'ikhlas' apabila ditanya ketika melakukan sesuatu kerja yang di minta oleh orang lain....Pernah terdengar satu ungkapan mengenai ikhlas ini...

" ...ikhlas itu umpama seekor semut hitam yang berada di atas batu yang berwarna hitam, di dalam gua yang gelap gelita, pada waktu malam yang gelap tanpa cahaya bulan dan bintang....."

Jika benar keadaan ini berlaku, tiada siapa pun yang mampu untuk mencari semut tersebut..Ini bermakna, perasaan ikhlas itu sangat tinggi kedudukannya untuk dicapai oleh manusia biasa.

Ana pernah terbaca artikel mengenai ikhlas ini masa zaman sekolah dahulu. Artikel ini menceritakan kisah bagaimana seorang hamba Allah yang alim dan sering kali melakukan ibadat-ibadat dan sebagainya. Tetapi apabila hamba Allah ini mati dan pada hari akhirat untuk menentukan ke syurga atau neraka, Allah S.W.T memerintahkan malaikat menghumbankan hamba Allah ini ke dalam neraka. Malaikat bertanya kepada Allah mengapakah manusia ini dihumbankan ke dalam neraka sedangkan dia mengerjakan ibadah dengan banyak dan merupakan orang yang sangat alim. Lalu Allah S.W.T menerangkan kepada Malaikat bahawa manusia tersebut tidak ikhlas dalam melakukan ibadahnya.
Malaikat hanya dapat mengetahui isi hati manusia tetapi keikhlasan hati hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui.

Di sini ada ingin berkongsi pembacaan yang telah ana baca untuk kita kongsi bersama yang ana petik daripada laman web 'I LUV ISLAM' yang menjadi laman web kegemaran ana apabila ana melayari internet iaitu cara untuk mempelajari ikhlas.

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada diri kita semua agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amal ibadah dan bukan kerana untuk mendapatkan nama, popular dan sebagainya. Mudah-mudahan segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini diterima dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

"..wahai tuhan kami...berikanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat....dan jauhkanlah kami dari azab api neraka,...." Amin.

Thursday, May 21, 2009

INGAT MATI MENENANGKAN JIWA


Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah.

Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala.

Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Menurut al Imamul Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati: Pertama: Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan.

Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Kalau boleh mereka tidak mahu lansung ingatkan mati. Kalau ingatpun mereka akan berusaha mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan boleh hidup lama. Atau terlalu bimbang memikirkan bagaimana hartanya akan digunakan oleh anak-anknya nanti.

Golongan ini merasa tidak penting ke Masjid kecuali hari Jumaat atau hari raya sahaja. Waktu lain dihabiskan dengan hiburan. Kerja dunia dilaksanakan bersungguh-sungguh dan bermatia-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar sahaja.

Soal menutup aurat dianggap terlalu enteng dan remeh. Amat bencikan alim ulama, para hafiz al-quran dan pendakwah. Golongan ini memang susah untuk dilihat di masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu, tetapi begitu senang melihat mereka di pesta-pesta hiburan dan konsert-konsert nyanyian yang melalaikan.

Kedua: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.



Imam Ghazali juga telah mengajar kepada kita bagaimanakah cara mengingati mati, antaranya:

1) Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikatul maut akan menjemput kita.

2) Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini.

3) Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, disko, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian.

4) Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian.



Diriwayatkan bahawa seorang alim iaitu Ibnu Mutie, apabila tercetus di dalam hatinya tentang rasa kagum melihat rumah besar dan harta benda, terus sahaja ia menangis dan berkata: “Kalau tiada kematian, aku akan mencintai mu dan gembira sekali dengan rumah besarku. Andai kita tidak memasuki lubang kubur yang sempit, tentu mata kita akan terpesona selalu dengan kemewahan duniawi”.

Berkata pula Kaab r.a: “ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”. Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata: “Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.


Para pemimpin terdahulu adalah terdiri dari golongan yangs sangat kuat iman dan ketaqwaan mereka. Mereka amat bimbang akan kuasa yang diamanahkan boleh membawa petaka kepada mereka di dalam kubur sekiranya amanah kepimpinan diabaikan atau digunakan sebagai jalan memburu kekayaan. Mereka amat takut jika ada rakyatnya hidup papa kedana sedangkan mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemegahan duniawi.

Sebagai contoh, Khalifah Umar b Abdul Aziz boleh dikatakan saban minggu menjemput para ulamak berhimpun di istananya untuk memberikan tazkirah kepadanya tentang kematian. Setiap ulama diberikan kebebasan menegur dan menyentuh tentang keperitan mati dan azab di alam barzakh. Biasanya majlis itu akan diakhiri dengan tangisan khalifah kerana beliau bimbang dan takut akan azab yang menunggu sekiranya berlaku sebarang kezaliman di dalam pemerintahannya.

Hasilnya pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz telah berjaya menegakkan kembali kegemilangan pemerintahan Islam di zamannya meskipun hanya berkuasa selama dua setengah tahun. Setiap hari ada sahaja maksiat yang dihapuskan dan syariat yang ditegakkan. Natijahnya maksiat terus berkurangan manakala syariat Islam dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Imam Sufyan at Thauri rahimahullah pula apabila terdengar ada kematian atau terdengar cerita tentang kepedihan mati, sepanjang hari beliau tidak makan dan tidak berseronok.

Seorang ahli sufi pula telah mengungkapkan sajaknya dengan berkata: Lihatlah penguasa-penguasa dunia, Sibuk mengumpul kemewahan segalanya, Apakah dia boleh lepas dari lilitan benang dan lembaran kain kafan? Kematian pastinya akan menjenguk kita. Samada kita pemimpin atau rakyat. Kaya atau Miskin. Tua atau muda. Sihat atau sakit. Oleh itu segeralah bertaubat.

Bagi yang sering melakukan maksiat seperti minum arak, meninggalkan solat, berzina , rasuah, berjudi dan sebagainya maka tinggalkanlah segera sebelum terlambat. Agar tidak menyesal apabila dimasukkan ke dalam liang lahad kelak.



petikan daripada laman web http://www.i luv islam .com
oleh Zuridan Mohd Daud

Wednesday, May 20, 2009

Terjemahan Surah Qaff





1. Qaaf. Demi Al-Quran Yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa Sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Yang diutus memberi peringatan dan amaran).

2. (kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang Yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara Yang menakjubkan!

3. "Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? itu adalah cara kembali Yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad Yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)".

4. (Apa Yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa Yang dimakan oleh bumi sedikit Demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab Yang menyimpan (catitan Segala perkara Yang berlaku).

5. (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada Dalam keadaan Yang serba kacau.

6. (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit Yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) Bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan Dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? -

7. Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan Dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang Yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman Yang indah subur?

8. (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah Yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).

9. Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) Yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan Dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian Yang dituai;

10. Serta pohon-pohon kurma Yang tinggi menjulang, Yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;

11. (semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba kami. dan lagi Kami telah hidupkan Dengan air itu bumi Yang mati; Demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang Yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).

12. Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing,

13. Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut,

14. Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadaNya), lalu mereka ditimpa azab Yang Aku janjikan.

15. (setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk Yang Kami ciptakan itu) maka Adakah Kami telah lemah Dengan ciptaan Yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! dan Merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). bahkan mereka berada Dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) Dalam bentuk Yang baharu.

16. Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

17. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis Segala perkataan dan perbuatannya; Yang satu duduk di sebelah kanannya, dan Yang satu lagi di sebelah kirinya.

18. Tidak ada sebarang perkataan Yang dilafazkannya (atau perbuatan Yang dilakukannya) melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada Yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara Yang Engkau selalu mengelak diri daripadanya!"

20. Dan lagi (apabila sampai saat Yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk Yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran Yang telah diberikan.

21. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

22. (serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada Dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

23. Dan berkatalah malaikat Yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang Yang terletak Dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".

24. (setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat Yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke Dalam neraka jahannam tiap-tiap orang Yang tetap degil Dalam kekufurannya; -

25. "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, Yang melanggar hukum agama, lagi Yang meragukan kebenaran,

26. "Yang menyembah benda Yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan Dia ke Dalam azab seksa Yang seberat-beratnya".

27. (semasa ia dihumbankan ke Dalam neraka Jahannam, ia mendakwa Bahawa Syaitanlah Yang menjadikan Dia sesat; pada saat itu) Syaitan Yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, Aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya Dia sendiri berada di Dalam kesesatan Yang jauh terpesong".

28. Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang Yang bersalah).

29. "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".

30. (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah Engkau sudah penuh? " ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"

31. Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan syurga bagi orang-orang Yang bertaqwa, di tempat Yang tidak jauh (dari mereka).

32. (serta dikatakan kepada mereka): "Inilah Yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba Yang sentiasa kembali (kepada Allah Dengan mengerjakan ibadat), lagi Yang sangat memelihara Dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);

33. "(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".

34. (Mereka dipersilakan oleh malaikat Dengan berkata): "Masuklah kamu ke Dalam syurga Dengan Selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan Yang kekal".

35. Mereka beroleh apa Yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia Yang tidak terlintas di hati mereka).

36. Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) Yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. kaum-kaum itu lebih kekuatanNya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) Dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?

37. Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) Yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa Yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau Yang menggunakan pendengarannya Dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) Dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya.

38. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

39. Oleh itu Bersabarlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.

40. Serta bertasbihlah kepadanya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.

41. Dan dengarlah (Apa Yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat Yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk Yang telah mati) dari tempat Yang dekat Yang dapat didengar oleh semuanya),

42. Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan Yang menyatakan perkara Yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.

43. Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

44. Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

45. Kami lebih mengetahui apa Yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu Wahai Muhammad), dan Engkau bukanlah seorang Yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). oleh itu, berilah peringatan Dengan Al-Quran ini kepada orang Yang takutkan janji azabKu.




.......marilah kita sama-sama menghayati makna yang terkandung dalam surah ini..mudah-mudahan ALLAH S.W.T memelihara kita semua daripada terjerumus ke dalam neraka yang apinya menyala-nyala, tidak pernah terpadam dan tersangat panas sehinggakan ada riwayat yang mengatakan jika lubang neraka itu terbuka sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah seluruh alam ini, hancur lebur kerana panasnya api neraka. Kepanasan yang ada di dunia ini tiada tandingan yang dapat menyamai kepanasan api neraka. Jika matahari yang memancar menjangkau melebihi 31 darjah celsius, (iaitu kepanasan yang normal di negara khatulistiwa) kita sudah merasakan kepanasannya, dan tidak ada sesiapa yang sanggup tahan dengan panas tersebut. Jarak di antara matahari dan bumi adalah 400 kali ganda jarak antara bumi dengan bulan. Terlalu jauh jaraknya tetapi kita sudah merasakan kepanasannya. CUBA kita bayangkan jika jarak matahari dan bumi seperti jarak bumi dengan bulan..cuba bayangkan..SUBHANALLAH.....oleh itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T, sempurnakanlah segala amalan kita, tingkatkanlah amalan kita untuk dibawa sebagai bekalan untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T..Tingkatkanlah keikhlasan dan kekhusyukan di dalam solat. INGATLAH...solat itu tiang Agama. barang siapa yang meninggalkannya, seolah-olah dia telah meruntuhkan Islam. Orang yang meruntuhkan Islam adalah orang yang berdosa besar dan dilaknat ALLAH S.W.T....mudah-mudahan kita semua memperolehi keampunan daripada ALLAH S.W.T dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak.............Aminn...

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-
• Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
• Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
• Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
• Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
• Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
• Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
• Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
• Orang-orang yang mati syahid.
• Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
• Orang yang puasa hari Arafah.

MAYAT BANGUN DARI KUBUR

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.

Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.
"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.

Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.

Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahwa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.

Saturday, May 16, 2009




setiap yang hidup, pasti akan merasai mati...
oleh itu,persiapkanlah amalan untuk di bawa bertemu dengan ALLAH...

kehidupan alam barzakh



hidup kita di dunia hanya sementara....
akhirat jua lah yang kekal untuk selama-lamanya...

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.


Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.


Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

FADHILAT BASMALAH

Fadhilat Basmallah.


• Barangsiapa membaca Bismillah 21X ketika hendak tidur maka aman ia dari syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.

• Barangsiapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh(jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.

• Barangsiapa membaca Bismillah 41X pada telinga orang pengsan maka ia akan segera siuman.

• Barangsiapa membaca Bismillah 313X dan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W 100X pada hari Ahad di saat matahari terbit dengan menghadap ke kiblat maka Allah Taala memberi rezeki tanpa di duga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah Taala.

• Barangsiapa membaca Bismillah 786X di tiupkan pada air lalu di minumkan kepada orang yang bebal selama tujuh hari di saat matahari terbit maka lenyaplah kebebalannya dan ia akan hafal apa yang di dengarnya.

• Barangsiapa membaca Bismillah 50X di hadapan orang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.

• Barangsiapa menulis Bismillah 101X di atas kertas lalu di letakan di sawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana. Dan kalau di tulis pada kain kafan 70X maka mayat yang berselimut kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur.

FADHILAT AL-FATIHAH

Fadhilat Fatihah.


• Barangsiapa membaca Fatihah (berserta Bismillah) di antara sunat Subuh dan fardhu Subuh dengan Istiqamah maka kalau ia ingin pengkat terkabullah ia, kalau ia fakir maka akan kaya, kalau punya hutang maka mampu membayarnya, kalau ia sakit maka akan sembuh dan kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak soleh, berkat surah Fatihah.


• Barangsiapa mengamalkan bacaan Fatihah 20X setiap selesai sembahyang fardhu lima waktu maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pulaanak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dia anugerahkan kebahagian dan sebagainya.


• Barangsiapa mengamalkan bacaan Fatihah 125X selesai sembahyang fardhu Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang di cari-carinya.

Sunday, April 5, 2009

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Keluasan Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.
berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw
pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam
keadaan berubah mukanya, maka ditanya
oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang
kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan
siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu
terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail,
jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan
bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari rantai yg disebut
dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg
ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan seorang di hujung
barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-
orang yang di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air
panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan api. Api neraka itu ada
tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-
pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu
ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?" Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang
munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-
Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang
musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga
tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu
ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari
kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima
orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga
ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di
dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika
mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s. a. w. di
pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari
ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg
berdosa besar dari ummatmu." Kemudian
nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga
menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan
tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s.
a. w. telah bersabda:"Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu
di
antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" -
Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak
baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat
Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga
Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada
yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran - Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin
dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh
dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari
Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan
muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah enggelembung
(membesarnya) bulan sabit."
Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman
akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum
datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian
yang benar" - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat
sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih
Muslim

Di Jamin Masuk Syurga

... iriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:
a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

Di Jodohkan Di Syurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita:

“Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya:

“Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya,
“Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata,
“Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya,
“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya,
“Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya,
“Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya,
“Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Monday, November 3, 2008

Wahyu Terakhir Rasulullah

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wida'].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Waktu Doa Mustajab

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Fadhilat Surah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "

Sunday, November 2, 2008

Peranan Wanita Dalam Islam

'Allamah Muhammad Iqbal (r.'a.) menggambarkan ideal- ideal keibuan dalam Islam dengan kata-kata yang sungguh indah dan tepat dalam sya'irnya Remuzi-Bekhudi Rahasia-rahasia Kelenyapan diri yang ditulisnya dalam bahasa Farsi. Berikut ini ialah sebahagian daripadanya yang telah diterjemahkan seberapa tepat yang mungkin oleh Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali Al~Kelantani daripada sya'irnya yang pernah di salin ke bahasa Inggeris:


Keibuan adalah rahmat yang
berhubung erat dengan Nubuwwah.
Dan sifat ihsannya ialah sifat ihsan Nabi sendiri.

Kerana para ibu membentuk jalan yang bakal dilalui oleh lelaki.
Lebih matanglah. dengan rahmat keibuan, peribadi bangsa- bangsa.
Garis-garis kedut di kening ibu itu menentukan tingkat kita dalam hidup ini.

Dia yang kerananya Allah berfirman: "Jadilah kehidupan,''
Mengisytiharkan: syorga di bawah tapak kaki para ibu.
Di dalam memuliakan rahim jua, kehidupan ummat menjadi sejahtera .
Kalau tidak, kehidupan menjadi mentah dan kebinatangan.

Ambillah umpamanya mana-mana wanita desa, yang jahil,
lontok, gemok, tak jelita, tak halus berbudi-bahasa,
buta huruf, rabun matanya, bersahaja, bisu;
Kesakitan menjadi ibu telah meluluhkan hatinya.
Lipatan-lipatan muram memilukan telah melingkung di bawah kelopak matanya.

Andaikata dari dadanya, Ummat ini menerima si Muslim yang ghairah terhadap Agama,
Hamba Allah yang setia, segala kesakitan yang ditanggungnya
telah membentengkan wujud kita, dan fajar kita
menyingsing cemerlang dalam kemilau senjakalanya.

Ambillah pula: tubuh yang lampai, berdada pipih, berbaju ketat,
Kerling matanya mempesonakan,
Fikirannya gilang-gemilang dengan cahaya tamaddun Barat;
Zahirnya berupa wanita, batinnya bukan wanita!
la telah memusnahkan tali-tali ikatan yang memelihara
Ummat murni kita menjadi selamat sejahtera;
Kecantikannya yang suci telah terburai semua dan ditumpahkan.
Lancang matanya, kebebasannya membangkit kemarahan,
la sama-sekali tak tahu malu.
'llmunya tak cukup buat menanggung beban Keibuan
Dan di senjakala dan malam harinya, tak sebiji pun bintang berpendar!
Lebih baiklah andainya kuntum mawar ini tak pernah tumbuh di tamansari kita.
Lebih baiklah perempuan jenisnya disapu bersih dari baju ummat ini.

Belum lahir dari ketiadaan, ke'ajaiban-ke'ajaiban kita ini belum lagi ternampak;
Embun yang belum menitis di atas kembang mawar,
Kuntum yang belum digugurkan hembusan bayu bernafsu,
Bunga-bunga tulip ini berkembang daripada kediaman Keibuan yang subur.
Kekayaan sesuatu kaum, hai saudara yang budiman, tidaklah terletak pada linen halus
atau timbunan emas perak dalam khazanah;
Kekayaannya ialah putera-puteranya, yang bersih anggota dan
kuat tubuhnya, luas fikiran, berjihad ke arah usaha mulia.

Para ibu memelihara tanda Ukhuwwah,
Kekuatan al-Kitab dan Ummat.
Wahai dikau yang kelumbungnya menjadi hijab yang memelihara kehormatan kami,
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan Agama kami, asas Ummat kami,
Bibir putera-puteri kami menerima susu dari dadamu,
Sejak mulanya belajar menyebut: "L-a il-aha illa 'Llah ! "
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, 'amalan kami,
Panahan kilat vang beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.

Wahai Pemelihara ni'mat Syari'at Allah,
Kau yang dari nafasnya Agama Allah memperoleh api,
Pesolek dan pintarnya zaman ini,
Kafilahnya perompak perintangjalan lengkap bersenjata
untuk merampas dan memusnahkan harta kekayaan Agama.
Butalah hatinya yang tiada langsung mengenal Allah.
Hinalah mereka yang menjadi tawanan rantainya yang membelit;
Lancang matanya lagi nekad, tangkas merenggut kuku-kuku pencengkamnya,
Buruannya yang malang mengatakan dirinya merdeheka,
mangsanya menyombong bahawa ia hidup!
Peliharalah raFi kesucian ibu negeri Ummat ini!
Usahlah bersungut memperhitungkan laba dan rugi,
Berpadalah dengan melalui jalan yang telah lama direntas
Leluhur kita melaluinya di zaman silam.

Waspadalah terhadap kerosakan-kerosakan Zaman, dan himpunlah
anak-anakmu erat ke dadamu nan bidang----anak-anak burung
padang rumput ini yang belum tumbuh bulu untuk terbang,
telah jatuh jauh dari sangkarnya yang hangat nyaman.

Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu ! .......
Tuladan sempurna, Fatimah 'afifah itu
Meskipun sekalian makhluk menta'ati suruhannya,
namun ia menenggelamkan iradatnya dalam keridhaan suaminya yang salih.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah Kitab Suci, ia memutar kisaran gandum di rumahnya .........
Insaflah sentiasa akan tuladanmu, Fatimah
Agar dahanmu akan membuahkan Husayn yang baharu,
Tamansari kita berkembang mekar dengan Zaman Kencana.


'Allamah Muhammad Iqbal,

dalam Ramuz-i-Bekhudi

Saturday, November 1, 2008

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawasegala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."